MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

Sejumlah 250 hasil penyelidikan dan inovasi dijangka akan dipamerkan pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018 (MPI’18) yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 April 2018 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu.

Di samping pameran hasil penyelidikan dan inovasi, aktiviti-aktiviti lain yang turut mengisi MPI’18 ialah pameran industri, ICT Fest, Industry Talk dan Technology Update. Membawakan tema ‘Memacu Revolusi Industri 4.0 Menerusi Penyelidikan dan Inovasi’, MPI’18 dianjurkan oleh TATI University College (TATIUC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Acara tahunan yang menghimpunkan produk penyelidikan dan inovasi ini masih membuka penyertaan kepada pensyarah, penyelidik dan pelajar dari Universiti Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, ADTEC, Kolej Komuniti serta pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

Maklumat lanjut boleh rujuk poster atau hubungi Cik Tini di talian 09-860-1475.

Orang ramai dijemput hadir ke Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018.

MPI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s