PENGALAMAN UNIK PESERTA JEPUN PELAJARI MASAKAN MELAYU

Program English Preparatory Course (EPC 2018) sekali lagi membawa peserta dari negara Jepun dan Malaysia untuk merasai keunikan pengalaman memasak makanan tempatan. Antara menu yang dipelajari ialah roti canai, kari ayam, nasi, sagu gula melaka dan sayur campur. Mereka turut dibantu oleh kakitangan TATIUC yang telah dilantik sebagai fasilitator sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Program memasak ini adalah antara aktiviti menarik yang telah dirangka dalam program EPC 2018 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta luar negara dan dalam negara tentang tata cara dan budaya masyarakat Malaysia serta pengalaman gotong-royong dalam kalangan peserta.

Untuk pelajar lepasan SPM, jom sertai program EPC anjuran TATIUC pada setiap bulan Mac!

 

Leave a comment