30 KAKITANGAN SERTAI BENGKEL iCGPA

1 April – Bengkel berkenaan Integrated Cumulative Grade Point Average atau lebih dikenali sebagai iCGPA telah diadakan di Dewan Al-Jazari, TATIUC melibatkan Dekan, Pengerusi Program, Penyelaras OBE serta Ketua PPTM.

iCGPA adalah satu mekanisme bersepadu pentaksiran, pelaporan pencapaian dan pembangunan pelajar yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan mereka. Pelaporan ini memperlihatkan pencapaian antribut yang dihasratkan melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia.

Ia merupakan sistem pentaksiran bersepadu yang bertujuan untuk membantu pelbagai pihak berkepentingan membuat keputusan atau merancang langkah penambahbaikan. Mekanisme ini bertujuan untuk memacu pembangunan dan penjajaran dalam reka bentuk, penyampaian dan pentaksiran kurikulum di peringkat program dan peringkat kursus agar memfokuskan pengalaman pembelajaran pelajar ke arah pembangunan insan yang holistik dan seimbang.

Bengkel iCGPA ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Adzhar Kamaluddin, Pengarah Pusat Sumber Pengajaran & E-pembelajaran (CIREL), Universiti Malaysia Pahang.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s