KOMITMEN TINGGI PELAJAR TATIUC JAYAKAN 13TH MALAYSIA CHEM-E CAR COMPETITION 2018

Tahniah TATI University College (TATIUC) buat julung kalinya membuktikan kejayaan apabila diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi 13th Malaysia Chem-E Car Competition 2018 bermula 30hb hingga 31hb Mac 2018 di Dewan Canselor TATIUC. Pertandingan ini dianjurkan bersama Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK)

Tirai Malaysia Chem-E Car Competition Edisi ke-13 itu dilabuhkan Sabtu lalu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri, Y.B Haji A. Latiff b Awang dalam satu majlis yang penuh meriah meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis sepanjang 2 hari ia berlangsung. Turut hadir, Timbalan Presiden IEM Ir Prof. Dr. Jeffrey Chiang Chong Luin, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zamri b Ibrahim selaku Rektor TATIUC, Prof. Madya Dr Nooryusmiza b Yusoff Pengerusi jawatankuasa penganjur 13th Malaysia Chem E Car Competition 2018 dan Prof. Madya Ts. Dr. Rosliza Ramli Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan TATIUC.

Dengan lebih 72 pasukan dari 25 IPT termasuk 6 universiti dari Indonesia berkampung di TATIUC sepanjang pertandingan ini, kemeriahan jelas begitu terasa sehinggalah berakhir acara penutup yang penuh warna-warni.

Kategori utama iaitu pertandingan kereta menyaksikan juara telah dirangkul oleh kumpulan ‘Maximus’ daripada UCSI, Malaysia tempat ke-2 dimenangi oleh kumpulan ‘Reactics Flimo’ daripada Universitas Gadjah Mada, Indonesia.dan seterusnya tempat ke-3 ‘Spektronics 15’ dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember Surabaya, Indonesia.

Bagi pertandingan kereta, peserta harus menyelesaikan 2 rintangan bagi menjuarai pertandingan. Rintangan pertama, kereta tersebut harus memasukkan bola ke dalam gawang dengan membawa muatan 100 ml air pada jarak 4.5 meter di litar pertama. Berikutnya, kereta peserta harus menjatuhkan pin bowling dengan membawa muatan 75 ml air pada jarak 4 meter di litar kedua.

Kategori poster pula dimenangi oleh pasukan ‘Chemikel X’ dari Heriot Watt University, tempat kedua dimenangi oleh ‘Reactics Flimo’ daripada Universitas Gadjah Mada, Indonesia manakala tempat ketiga pasukan ‘Eustass M’ dari Diponegoro University, Indonesia.

Sementara itu bagi pengarah program, K.SiriiShaarwin A/L Kunalan, pelajar tahun 2 Bachelor of Chemical Engineering Tcehnology, beliau amat gembira dan berbesar hati kerana dapat menganjurkan pertandingan yang berprestij ini. Hasil kerjasama yang amat baik terutamanya komitmen daripada pelajar TATIUC pihaknya berjaya menganjurkan pertandingan dengan memastikan penganjuran berjalan lancar.

Pujian juga turut diberikan kepada semua Ketua Ahli Jawatankuasa yang berjaya membantu Pengarah Program memastikan pertandingan tahunan ini berjalan lancar. Sepanjang tempoh pertandingan berlangsung, TATIUC selaku tuan rumah telah menunjukkan komitmen yang cukup tinggi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s