PELAJAR GRAFIK MUNCUL NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN POSTER IKLAN

Pelajar tahun 3 program Diploma Grafik dan Media Kreatif dari Fakulti Komputer Media dan Pengurusan Teknologi telah berjaya merangkul naib johan, tempat ketiga dan 2 hadiah saguhati dalam Pertandingan Mencipta Poster Iklan.

Pertandingan yang bertemakan Innovation Empower Business adalah anjuran Fakulti Teknologi Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi pada 5 Mei 2018 bertempat di UKM.

Selaku naib johan dan tempat ketiga, pelajar berkenaan membawa pulang masing masing hadiah wang tunai sejumlah RM150 dan RM100 berserta sijil dan baucar.

Menurut Cik Siti Saadiah, selaku pensyarah pembimbing, menerusi pertandingan seperti ini pelajar dapat menilai keupayaan dan kreativiti masing masing dalam merekacipta poster iklan yang memenuhi tema. Pelajar juga dapat berkongsi idea dan buah fikiran bersama peserta peserta di samping menjalin hubungan dengan institusi pendidikan tinggi lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s