YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH SAMPAIKAN CERAMAH SEMPENA MA’AL HIJRAH

6 September – Sempena kehadiran tahun baru Hijrah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah telah hadir ke TATIUC menyampaikan ceramah bertajuk Berhijrah Di Dalam Pendekatan Perkhidmatan. Ceramah tersebut yang diadakan di Dewan Ibnu Sina telah dihadiri oleh kakitangan TATIUC.

Antara lain beliau menyatakan penghijrahan yang paling utama ialah meninggalkan larangan Allah SWT. Sebagai pekerja pula beliau menyeru supaya amanah yang diberikan dilaksana dengan ikhlas dan tepat mengikut syariat supaya beroleh ganjaran pahala selari dengan kerja sebagai ibadah.

Pembangunan insan berasaskan model UMI: ‘Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan turut disebut iaitu penekanan terhadap manusia sebagai hamba Allah, prinsip berkaitan amanah dan tanggungjawab serta bersungguh-sungguh, tekun dan teliti dalam menunaikan tugas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s