7 Oktober – Pasukan TATIUC dengan projek Autonomous Aquacare telah mendapat tempat pertama di pertandingan Unimaker 2018 Zon Timur dan telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM15,000. Dengan kejayaan ini, pasukan ini bakal mewakili pantai timur di UNIMAKER 2018 National Level yang akan berlansung pada 22 November 2018 du University Malaya.
Sebanyak tujuh penyertaan projek telah dipertandingkan. Antara projek lain yang turut dipertandingkan adalah IoT Based O Water Level Consumption Devices, Smart Flash Flood System, Real Time Electricity Forecasting System For Business Usage, Pipe Inspection Robot, Solat Life dan Atomic Belt. Dua projek iaitu Atomic Belt dan IoT Based O Water Level Consumption Devices juga telah berjaya meraih kedudukan 15 projek terbaik.
Tahniah TATIUC!