MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA TATI UNIVERSITY COLLEGE DENGAN OPTIMISTIC ORGANIC SDN. BHD. (OOSB) & INTEGRATUS MAINTENANCE AND SERVICES SDN. BHD (IMSSB)

24 Oktober 2018 -TATI University College (TATIUC), sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan Negeri Terengganu, hari ini menandatangani 2 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan industri dalam melebarkan peluang kerjasama dalam perundindingan, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

TATIUC menandatangani MoU dengan Optimistic Organic Sdn. Bhd.(OOSB), sebuah syarikat berasaskan pengeluaran bahan kimia khususnya penghasilan Maleic Anhydride dalam bentuk cecair ataupun pepejal. Syarikat ini menggunakan teknologi German dalam penghasilan Maleic Anhydride dan mempunyai sijil ISO9001, ISO14001 and OHSAS18001.

TATIUC turut menandatangani MoU dengan Integratus Maintenance Services Sdn. Bhd. (iMSSB), sebuah sebuah syarikat kejuruteraan, baikpulih, fabrikasi, operasi dan pengurusan fasiliti yang terkemuka di Paka.

Bagi kedua-dua MoU, TATIUC diwakili oleh Rektor, Prof. Dr. Anuar Bin Ahmad. Majlis disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar. OOSB diwakili oleh Pengarah, Mohd Ali Bin Ayub manakala iMSSB diwakili oleh Pengarah Urusan, Hj. Hamidon Bin Md. Khayon.

YAB Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar dalam ucapannya berkata, memorandum persefahaman ini memberi makna besar dalam membangunkan modal insan negeri Terengganu dan mampu membantu merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.

Beliau juga menzahirkan harapan supaya kerjasama ini dipertingkatkan lagi hingga ke skala lebih besar seperti industri menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar TATIUC dan pada masa yang sama, kepakaran TATIUC digunakan di lapangan industri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi industri.

”Jalinan kerjasama antara TATIUC dan industri tentunya akan berbalik manfaat kepada kedua-dua pihak, malah memberi impak lebih besar kepada anak-anak Terengganu jua”.

Sementara itu, Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Bin Ahmad pula menjelaskan, dalam memastikan institusi pengajian tinggi seperti TATIUC terus relevan dan berkembang, sinergi dengan rakan industri adalah sebahagian dari usaha penting.

”Kerjasama yang dimeterai antara TATIUC dengan OOSB dan IMSSB ini akan menjadikan TATIUC dan rakan industri sebagai sebuah kerjasama yang baik dalam bidang pendidikan, perundingan, penyelidikan serta latihan dalam bidang khususnya teknikal dan kejuruteraan.

Kerjasama ini antara lain adalah untuk menjadikan graduan TATIUC sebagai pilihan utama untuk ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menamatkan latihan industri. Tidak ketinggalan, kakitangan TATIUC juga akan dihantar ke program sangkutan industri.

Dalam masa yang sama, TATIUC berperanan dalam membekalkan konsultasi kepakaran bidang berkaitan termasuk menjalankan kursus jangka pendek kepada pemain industri, juga membangun dan menggalakkan penyelidikan, seminar, bengkel dan persidangan bersama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s