PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN DAN PERBINCANGAN POST- MORTEM MPI 2018

Mei lalu, TATIUC, UMT dan UniSZA telah menganjurkan Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018 (MPI 2018) di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. Kerjasama yang masuk tahun kedua ini telah menarik hampir 300 penyertaan daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Tahun hadapan, penganjuran MPI dijangka diadakan pada Februari 2019 dan berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah, UniSZA, Kuala Nerus.

Sehubungan itu, perbincangan post-mortem MPI 2018 telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2018 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Dapatan post-mortem tersebut akan menjadi panduan untuk penganjuran lebih berjaya pada tahun 2019.

Program kelolaan UMT ini turut menyelitkan aktiviti pengukuhan pasukan melibatkan ketiga-tiga institusi yang menjadi tulang belakang penganjuran MPI. Antara aktiviti yang dijalankan ialah peneguhan fizikal di Air Terjun Lasir, Explorace Berpasukan dan Ekplorasi Alam di Santuari Kelah.

Semoga semangat keserakanan dalam penganjuran aktiviti penyelidikan dan inovasi ini memberi manfaat kepada TATIUC, UMT dan UniSZA serta masyarakat umumnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s