MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD KEPADA PELAJAR TATIUC

Sejumlah 80 pelajar TATIUC menerima bantuan zakat yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Dalam sebuah majlis penyerahan zakat yang diadakan di TATI University College (TATIUC), MAIDAM mengagih kutipan zakat sejumlah RM45,000 sementara BIMB mengagihkan zakat perniagaan sejumlah RM10,000 kepada pelajar yang layak.

Menurut wakil pelajar, Nik Fakhri bin Nek Daud, bantuan tersebut dapat membantu mereka dalam belanja harian serta serba sedikit mengurangkan beban ditanggung mereka. Nik Fakhri turut menzahirkan terima kasih kepada MAIDAM dan BIMB.

YBhg. Rektor, Prof. Dr. Anuar bin Ahmad dalam ucapannya turut berharap banyak peluang kerjasama dapat dijalin antara kedua-dua agensi tersebut terutama dalam merancak aktiviti-aktiviti pelajar di TATIUC.

MAIDAM diwakili oleh Ustaz Mohd Andri bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, MAIDAM Cawangan Kemaman sementara BIMB diwakili oleh Tuan Haji Zameran bin Jusoh, Pengurus Perbankan Pengguna Kawasan Terengganu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s