10 STAF FTKP ADILI PERTANDINGAN INOVASI (INNOCOMM 2.0)

13 Disember 2018 – Seramai 10 orang pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP), TATIUC telah menerima jemputan daripada UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi untuk menjadi panel penilai Pertandingan Inovasi (INNOCOMM 2.0).

Program ini dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dengan jumlah keseluruhan projek inovasi sebanyak 43 telah dipertandingkan. Seramai 172 orang pelajar yang terdiri daripada program Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Kimia telah menyertai pertandingan ini.

Delegasi TATIUC yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Bahiyah binti Baba dan
Dr. Mohamad Redhwan bin Abd Aziz turut mengambil peluang ini untuk membuat sedikit taklimat ringkas bagi mempromosikan 4th International Conference on Engineering Technology (ICET 2019) kepada pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.

Usaha ini dapat membentuk jalinan kerjasama yang berterusan di antara TATIUC dan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi serta masing masing dapat berkongsi ilmu dan kepakaran yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua dua pihak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s