ALUMNI MENYUMBANG KEMBALI KEPADA TATIUC

6 Januari – Kerjasama Teliti Infotech Sdn Bhd dan TATIUC memasuki fasa baharu apabila syarikat berkenaan berminat untuk mengambil pelajar lepasan TATIUC dalam bidang Keselamatan Rangkaian sebagai pekerja.

Sebelum ini, syarikat berkenaan yang merupakan pembekal peralatan rangkaian secara konsisten telah menyediakan latihan industri kepada pelajar TATIUC. Bertitik tolak daripada keupayaan pelajar TATIUC yang menunjukkan kebolehan untuk sedia berada di pasaran kerja sepanjang tempoh latihan industri, suatu pertemuan antara syarikat berkenaan dengan Pusat Perkhidmatan Teknologi Maklumat (PPTM) telah diadakan.

Menurut Ketua PPTM, Puan Nurul Haslinda binti Ngah, yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi, Teliti Infotech meminta cadangan untuk menyenarai pendek pelajar yang berpotensi untuk ditawarkan sebagai pekerja syarikat berkenaan.

Lebih membanggakan, Teliti Infotech Sdn Bhd yang berpejabat di Bandar Seri Kerteh telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh En. Zulkifli bin Che Long dan seorang alumni TATIUC sendiri iaitu En. Nooramri Muhammad. Kini Teliti Infotech telah berjaya berdiri sebaris dengan syarikat-syarikat lain yang telah lama bertapak dalam bidang rangkaian.

En. Nooramri Muhammad merupakan graduan dalam bidang Diploma in Industrial Automation (Information Technology) pada tahun 2005. Teliti Infotech juga bercadang untuk mendapatkan khidmat konsultansi dalam penyelenggaraan laman web mereka daripada TATIUC.

teliti4.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s