ROBOCON 2018: TEMPAT KE-3. TAHNIAH TATIUC!

Pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal dan Automasi telah dipilih untuk mewakili TATIUC ke pertandingan ROBOCON 2018 yang telah berlangsung di UNITEN, Bangi bermula 18 April sehingga 22 April 2018. Diberi nama TATIUCTROOPS, pasukan tersebut telah berjaya mendapat tempat ketiga setelah melepasi beberapa halangan daripada pasukan-pasukan UNITEN, MAHSA, ILP KB dan ILP Mersing. Keputusan ROBOCON 2018:… Continue reading ROBOCON 2018: TEMPAT KE-3. TAHNIAH TATIUC!

Advertisements

1 ANUGERAH KHAS DAN 6 EMAS DI MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

Projek Inovasi bertajuk Portable Training Unit Milling Machine oleh En. Wasis Nugroho selaku ketua penyelidik, berjaya mendapat pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Khas Semi Grand di Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018 yang telah berlansung pada 7 - 9 April 2018. Sebelum itu, projek ini berjaya mendapat pingat emas bersama 5 lagi projek penyelidikan dan inovasi yang… Continue reading 1 ANUGERAH KHAS DAN 6 EMAS DI MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

TATIUC JAYAKAN MINGGU STEM DI SEKOLAH

Fakukti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal dan Automasi telah dijemput oleh SMK Ketengah Jaya, Dungun sempena Minggu STEM 2018. Melalui sesi ini, perkongsian berkenaan “STEM dalam kehidupan harian” dijelmakan melalui konsep ‘Learning by Doing’. Diharap melalui sesi ini, pelajar-pelajar lebih memahami STEM dan memupuk minat ke arah pembelajaran dalam bidang ini.

KAKITANGAN DIDEDAH PERANCANGAN KEWANGAN DAN PERSARAAN OLEH KWSP

Jabatan Sumber Manusia dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kemaman telah menganjurkan Taklimat Perancangan Kewangan dan Persaraan. Taklimat yang berlangsung di Dewan Ibnu Sina, TATIUC telah dihadiri oleh seluruh kakitangan bertujuan memberi kesedaran kepentingan simpanan bagi membiayai kehidupan ketika bersara. KWSP turut menawarkan khidmat nasihat persaraan dan kewangan secara percuma selepas sesi taklimat PERANCANGAN KEWANGAN… Continue reading KAKITANGAN DIDEDAH PERANCANGAN KEWANGAN DAN PERSARAAN OLEH KWSP

KOMITMEN TINGGI PELAJAR TATIUC JAYAKAN 13TH MALAYSIA CHEM-E CAR COMPETITION 2018

Tahniah TATI University College (TATIUC) buat julung kalinya membuktikan kejayaan apabila diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi 13th Malaysia Chem-E Car Competition 2018 bermula 30hb hingga 31hb Mac 2018 di Dewan Canselor TATIUC. Pertandingan ini dianjurkan bersama Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) Tirai Malaysia Chem-E Car Competition Edisi… Continue reading KOMITMEN TINGGI PELAJAR TATIUC JAYAKAN 13TH MALAYSIA CHEM-E CAR COMPETITION 2018

30 KAKITANGAN SERTAI BENGKEL iCGPA

1 April - Bengkel berkenaan Integrated Cumulative Grade Point Average atau lebih dikenali sebagai iCGPA telah diadakan di Dewan Al-Jazari, TATIUC melibatkan Dekan, Pengerusi Program, Penyelaras OBE serta Ketua PPTM. iCGPA adalah satu mekanisme bersepadu pentaksiran, pelaporan pencapaian dan pembangunan pelajar yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan mereka. Pelaporan ini memperlihatkan pencapaian antribut… Continue reading 30 KAKITANGAN SERTAI BENGKEL iCGPA

TATIUC LAYAK KE LIGA PREMIER FUTSAL IPT 2018

Kemenangan 4-0 ke atas KUIM memastikan TATIUC layak ke Liga Premier Futsal IPT 2018 yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin pada 18-22 Julai nanti. Sebelum itu TATIUC mencatat 3 kemenangan dan 1 seri pada peringkat kumpulan dan pusingan kedua yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan. Pencapaian ini… Continue reading TATIUC LAYAK KE LIGA PREMIER FUTSAL IPT 2018