MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP TATIUC 2019

TATIUC bukan sahaja sebagai medan menuntut ilmu, tetapi di sini pelajar turut mengembang potensi mereka dalam pelbagai bidang antaranya sukan, berpersatuan dan kepimpinan. Bertempat di Bilik Mesyuarat Rektor, Majlis Watikah Pelantikan MPP TATIUC 2019 telah diadakan. Kepimpinan kali ini diketuai oleh saudara Syafiq Alimi bin Samsudin sebagai Yang Dipertua. Dalam majlis sama, penghargaan turut diberikan… Continue reading MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN MPP TATIUC 2019

ALUMNI MENYUMBANG KEMBALI KEPADA TATIUC

6 Januari - Kerjasama Teliti Infotech Sdn Bhd dan TATIUC memasuki fasa baharu apabila syarikat berkenaan berminat untuk mengambil pelajar lepasan TATIUC dalam bidang Keselamatan Rangkaian sebagai pekerja. Sebelum ini, syarikat berkenaan yang merupakan pembekal peralatan rangkaian secara konsisten telah menyediakan latihan industri kepada pelajar TATIUC. Bertitik tolak daripada keupayaan pelajar TATIUC yang menunjukkan kebolehan… Continue reading ALUMNI MENYUMBANG KEMBALI KEPADA TATIUC

PERJUMPAAN AWAL TAHUN KAKITANGAN BERSAMA REKTOR

2 Jan - Bertempat di Dewan Utama, Darul Iman Training Centre, Kemaman, Perhimpunan Awal Tahun 2019 Kakitangan TATIUC Bersama Rektor telah diadakan melibatkan kehadiran 300 orang. Program yang bermula jam 10 pagi dimulakan dengan diperdengarkan alunan ayat alquran surah al hujurat ayat 10 hingga 13 yang menyeru sekalian manusia untuk kukuh bersaudara serta mengelak daripada… Continue reading PERJUMPAAN AWAL TAHUN KAKITANGAN BERSAMA REKTOR

TATIUC DAN REAL CHUKAI FC PERLUAS JALINAN KERJASAMA

3 Januari - Bertitik tolak daripada Memorandum Persefahaman yang dimeterai pada 29 November 2018, TATIUC dan Real Chukai FC terus merangka program kerjasama yang akan memberi manfaat kepada kedua dua pihak. Bertempat di TATIUC, perbincangan menjurus kepada kerjasama untuk skala lebih besar terutama penglibatan TATIUC dalam program pembangunan bola sepak. Real Chukai FC turut berkongsi… Continue reading TATIUC DAN REAL CHUKAI FC PERLUAS JALINAN KERJASAMA

PROGRAM ALUMNI TATIUC BERSAMA KAKITANGAN

Bertempat di Tasik Kenyir, sejumlah 22 orang alumni TATIUC dan kakitangan telah bermalam di houseboat dengan pelbagai aktiviti diadakan. Program yang berlangsung pada 24 hingga 27 Disember 2018 ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim antara alumni dan kakitangan, malahan aktiviti berkaitan alumni turut dibincangkan. Program tanpa gajet dan internet di Tasik Kenyir ini telah… Continue reading PROGRAM ALUMNI TATIUC BERSAMA KAKITANGAN

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

24 Dis - Atas tanggungjawab sosial TATIUC terhadap komuniti sekitar, Program Kembali Ke Sekolah telah diadakan pada 24 Disember 2018. Program yang digerakkan menerusi kutipan sumbangan daripada kakitangan dan TATIUC telah menaja 16 orang anak anak pelajar dalam membuat persiapan persekolahan. Masing masing dibekalkan 2 persalinan pakaian sekolah dan kelengkapan lain. Turut menyantuni mereka dalam… Continue reading PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001:2015

Berakhir lawatan Audit Pensijilan Baharu MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Hajjah Hanida Binti Ghazali selaku Ketua Juruaudit beserta 3 orang Ahli Juruaudit pada 23 dan 24 Disember 2018. Tahniah! TATIUC telah bersedia sebagai sebuah organisasi yang berupaya mewujud, melaksana, menyelenggara dan menambahbaik sistem pengurusan kualiti secara berterusan,… Continue reading AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001:2015

KUKTB UMUM DIVIDEN 10 PERATUS

18 Disember 2018 - Dividen 10 peratus kepada ahli Koperasi Universiti Kolej TATI Kemaman Berhad (KUKTB) telah diumumkan oleh Pengerusi Koperasi, Puan Norzamziah binti Afzainizam dalam Mesyuarat Agung Tahunan KUKTB Kali Ke-7 yang telah diadakan di Dewan Al-Jazari, TATIUC. Mesyuarat yang dihadiri oleh 113 orang ahli KUKTB telah dirasmikan oleh YBhg. Rektor TATIUC, Prof. Dr.… Continue reading KUKTB UMUM DIVIDEN 10 PERATUS

TATIUC ANJUR BENGKEL ANDROID APPS WITHOUT CODING

16 Disember 2018 - Sejumlah 23 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah, lepasan SPM, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun serta staf dan pelajar TATIUC telah menyertai Bengkel Androids Apps Without Coding. Bengkel anjuran Fakulti Komputer, Media dan Pengurusan Teknologi bertujuan untuk berkongsi kepakaran dalam membangunkan aplikasi mobil secara (drag and drop). Bengkel ini… Continue reading TATIUC ANJUR BENGKEL ANDROID APPS WITHOUT CODING

PELAJAR GRAFIK KE BBW 2018

14 Disember - 69 orang pelajar grafik media kreatif telah ke Big Bad Wolf Books 2018 di Mines International Exhibition Convention Centre, Seri Kembangan Selangor. Lawatan yang diiringi oleh 7 orang penasihat akademik bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan 'art and design'. Bahan rujukan ini dapat membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran… Continue reading PELAJAR GRAFIK KE BBW 2018