PELAJAR GRAFIK MUNCUL JOHAN PERTANDINGAN MULTIMEDIA KREATIF

Setelah muncul naib johan dan tempat ketiga dalam Pertandingan Poster Iklan, 4 orang lagi pelajar grafik telah mengharumkan nama TATIUC apabila muncul johan bagi cabaran digital Pertandingan Multimedia Kreatif (Animasi dan Poster) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pertandingan yang bertemakan Cyber Ethics Awareness ini adalah anjuran Multimedia Interactive Club, Fakulti Teknologi Sains Maklumat, UKM yang berlangsung selama 2 hari pada 5-6 Mei 2018 di UKM. Kemenangan ini membolehkan pelajar berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta sijil.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di TATIUC kini dizahirkan dalam situasi persekitaran sebenar sebagai pakar bidang grafik dan media kreatif! Tahniah!

Leave a comment